Monday, September 10, 2007

Perkembangan terbaru

Alhamdulillah setakat ni perkembangan memberangsangkan di kebun...

Tembikai dah besar...menjerit2 anak2 saudara saya tengok buah tembikai...ateh2 tak boleh makan lagi ke? Sabar seminggu je lagi...jangan tak balik kampung plak minggu ni..kita rasa tembikai kita...

Alhamdulillah cili dah membesar segar..dah lebih sejengkal panjangnya...walau pun baru belajar berbuah tapi 1st batch ni ada 8 biji sepokok!

Sebelum puasa ni kami akan transfer semua anak terung cina ke kebun...ada satu anak terung tu punyalah sihat naiknya di tapak semaian...

Kacang bendi dah ada dalam 200kgs terjual...

Gambar-gambar di bawah ni memberi lebih pemahaman kegembiraan kami...




Pam dan sprinkle masih di peringkat testing tapi insyaAllah selesai la dalam sehari dua ni...mengetatkan penyambung yang longgar dan mendapatkan level yang betul untuk kuasa engine 6 piston ni...



No comments: