Thursday, September 27, 2007

Cabaran...kuasa semulajadi ciptaan Allah

Petang ahad hujan lebat sangat di Raub...sepanjang jalan ke kebun, 4 batang pokok tumbang...memandangkan keadaan tanah berpasir peroi kebun kami dan teres yang terdedah kepada hakisan....banyak permukaan tanah yang runtuh!

Walaupun kami dah buat longkang dan pasang pipe untuk mengalirkan air...namun bila forcenya kuat sangat ia tetap runtuh!


Dulu dikawasan ini lurah antara dua bukit, kami ratakan dan buat jalan...excavator dah tekan2 tanah ni untuk mampatkan, namun tak ada buatan manusia yang mampu menanggani kekuatan kuasa ciptaan Allah...Allah Hu Akbar....

Anak sungai kecik dalam 2/3 kaki lebar jadi punca air untuk kolam2 kami...jadi untuk mengumpul air kami buat empang sebelum air masuk ke kolam melalui culvet 1 kaki ....namun kuat sangat hujan hari tu..sampai air melimpah...ada jugak ikan talapia yang dah besar2 berjaya melawan arus dan masuk ke sungai....


Tanah runtuh from both side of the empang/benteng...kalau ada yang boleh berikan cadangan apa yang patut kami buat untuk membaiki keadan tanah runtuh di kebun ini amat lah kami alu-alukan.....sesungguhnya kami merancang Allah juga yang maha berkuasa....

1 comment:

asrol said...

Alhamdulillah, seronok tengok usaha yang dicurah mula menampakkan hasil walaupun banyak dugaan mendatang. Saya membayangkan 5 tahun akan datang, tentunya tanah merah di sini akan diliputi oleh pokok-pokok yang subur.
Jika tidak keberatan boleh nyatakan kos untuk membersihkan bukit-bukit tersebut. Terima kasih