Thursday, September 27, 2007

Cabaran...kuasa semulajadi ciptaan Allah

Petang ahad hujan lebat sangat di Raub...sepanjang jalan ke kebun, 4 batang pokok tumbang...memandangkan keadaan tanah berpasir peroi kebun kami dan teres yang terdedah kepada hakisan....banyak permukaan tanah yang runtuh!

Walaupun kami dah buat longkang dan pasang pipe untuk mengalirkan air...namun bila forcenya kuat sangat ia tetap runtuh!


Dulu dikawasan ini lurah antara dua bukit, kami ratakan dan buat jalan...excavator dah tekan2 tanah ni untuk mampatkan, namun tak ada buatan manusia yang mampu menanggani kekuatan kuasa ciptaan Allah...Allah Hu Akbar....

Anak sungai kecik dalam 2/3 kaki lebar jadi punca air untuk kolam2 kami...jadi untuk mengumpul air kami buat empang sebelum air masuk ke kolam melalui culvet 1 kaki ....namun kuat sangat hujan hari tu..sampai air melimpah...ada jugak ikan talapia yang dah besar2 berjaya melawan arus dan masuk ke sungai....


Tanah runtuh from both side of the empang/benteng...kalau ada yang boleh berikan cadangan apa yang patut kami buat untuk membaiki keadan tanah runtuh di kebun ini amat lah kami alu-alukan.....sesungguhnya kami merancang Allah juga yang maha berkuasa....

Sunday, September 23, 2007

Farming Ain't Easy And Not for Sissy

Saya pinjam kata-kata pak tani....memang pertanian ini bukan mudah, banyak cabarannya tapi yang paling memuaskan hati melihat pokok tumbuh, berdaun, berbungga dan berbuah...sesungguhnya Allah mana pencipta.

Nampak tak batang buah bendi ni macam ada kesan kulit luka? Rasa-rasa saya la kan belalang pun nak makan bendi! Kalau ada yang lebih berpengetahuan sila lah maklumkan saya apa penyakitnya dan cara mengatasinya....Lagi satu belalang kunyit banyak la kat kebun saya...nak pakai apa untuk mengawalnya ye?

Yang ini lagi sepohon anak pokok pisang tisu kulture saya kena serangan kulat...emph saya dah order power spray untuk menyembur racun...spray manual cuma kena bahagian atas daun sahaja...

Gambar yang di atas dan dibawah ni, gambar bendi di serang lalat buah! Nak pakai racun kami kutip bendi hari-hari...nanti memudaratkan pembeli plak....ada tak racun yang tak membahayakan pengguna dan boleh menghapuskan penyakit lalat buah kat tanaman?

Daun cili ni tak berapa hijau, macam hijau muda skit dan berkerinting daunnya...kena penyakit daun kerinting ke.....emph cabut je la ye...dah tak ada penawarnya penyakit ini


Pucuk daun nangka pun kena makan serangga jugak.....

Dah jenguk sekeliling kebun, saya pun tanya Mr Meor supervisor saya, tembikai macam mana, dah masak kak yang kat atas bukit sana tu...banyak, akak bawak balik KL la jual....Tu dia dah tak muat bonet, antara seat pun kami letak jugak...sian Wish, padat dengan tembikai
...sampai kat rumah saya susun bawah porch...anak2 buah kira...sorang kata 53,sorang kata 54 tapi Alhamdulillah lebih 50 biji kami ambik hari ni.....Alhamdulillah, Allah itu adil, ada tanaman kami yang diuji ada yang dirahmatiNya....
Semoga kami terus belajar cara-cara yang betul mengendalikan kebun ini....semoga kebun ini berjaya mengeluarkan hasil yang bermutu secara berterusan...Amin.

Sunday, September 16, 2007

Macam-macam ada

Alhamdulillah dah masuk pun 4 Ramadhan kita berpuasa, semuanya tak melemahkan usaha-usaha gigih di kebun....Pagi-pagi sabtu drive balik Raub and jalan masih berkabus...tenang dan menyegarkan

Tembikai oh tembikai...dah cukup tua kah engkau...cuba tengok tu sebijik 10.5kgs!

Berdebar-debar dan tak sabar nak tengok merah ke, manis ke buah ni...tapi kena tunggu Maghrib...Jeng...jeng akhirnya bila di potong tembikai merah pink!

Waktu berbuka pun tiba...emph manis!Alhamdulillah ingatkan pink kurang manis, tapi yang ini manis la plak dan air tembikai membasah tekak kami maghrib itu...Mak teringin nak makan keli kolam, jadi kami pun tangkap la 7 ekor, kecik lagi kan tapi dah sekilo dah 7 ekor ni...kulit keli kami putih kemerahan dan isinya putih.....
Tadi fresh fish, ini lah rupanya keli masak gulai lemak cili api...hem, nyum nyum sedapnya....
Aishih kebun kami sudah di datangi makhluk/serangga perosak la...nak buat cam mana kan? Dah memang ketentuanNya..hasil kami dikongsi bersama belalang dan ulat kat bawah ni...So kerja2 mengawal binatang perosak kami mulakan....

Ada yang boleh menolong identify binatang ini jenis apa dan jenis kemusnahan yang bakal di bawanya serta khidmat nasihat jenis racun yang patut kami gunakan?


Pokok pisang ni kena penyakit apa ye..mengapa daunnya macam layu pastu kering kehitaman...so far ada 2 pokok yang jadi macam ni....tolong bagi khidmat nasihat...


Cili presentation....jeng..jeng.....abah dah ambik skit tadi, buat ulam cili muda...Ada juga yang kena penyakit lecur...adat la kan....sesungguhnya kami bersyukur dengan nikmatNya..Alhamdulillah


Monday, September 10, 2007

Perkembangan terbaru

Alhamdulillah setakat ni perkembangan memberangsangkan di kebun...

Tembikai dah besar...menjerit2 anak2 saudara saya tengok buah tembikai...ateh2 tak boleh makan lagi ke? Sabar seminggu je lagi...jangan tak balik kampung plak minggu ni..kita rasa tembikai kita...

Alhamdulillah cili dah membesar segar..dah lebih sejengkal panjangnya...walau pun baru belajar berbuah tapi 1st batch ni ada 8 biji sepokok!

Sebelum puasa ni kami akan transfer semua anak terung cina ke kebun...ada satu anak terung tu punyalah sihat naiknya di tapak semaian...

Kacang bendi dah ada dalam 200kgs terjual...

Gambar-gambar di bawah ni memberi lebih pemahaman kegembiraan kami...




Pam dan sprinkle masih di peringkat testing tapi insyaAllah selesai la dalam sehari dua ni...mengetatkan penyambung yang longgar dan mendapatkan level yang betul untuk kuasa engine 6 piston ni...



video

Tuesday, September 4, 2007

Hospital

Salam semua...ingat nak menulis malam pra merdeka hari tu..tapi saya kena rush balik Raub, abah masuk hospital sakit, parkinsonnya menyerang. Alhamdulillah dah beransur pulih dan hari ni dah pulang ke rumah.

Menunggu abah di wad, saya menilai erti kemerdekaan..kita rakyat Malaysia harus bersyukur, sememangnya banyak yang kita boleh pertingkatkan lagi, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk berdiri sendiri sehingga ke tahap ini.

Di daerah Raub ni hospitalnya ada cukup kelengkapan, insyaAllah jika keperluan mendesak, boleh menyelamatkan nyawa.

Syukur la kita, kemerdekaan ini sudah berjaya menyediakan sistem persekolahan, sistem perubatan, komersial market dan lain-lain kemudahan.

Alhamdulillah...mari lah kita terus berusaha untuk memajukan diri kita, keluarga kita, ummah kita dan negara kita...Merdeka!