Tuesday, May 29, 2007

Jeep Rosak....kutip hasil kat rumah je lah....

Jeep ni...lahir tahun 1983, saya beli dari seorang kawan...dah 2 bulan berkhidmat..minggu ni dah tunjuk perasaan tak larat ndak daki bukit-bukit kebun ni...tersemput-semput dia mendaki...so masuk workshop and Sunday saya tak dapat masuk kebun...bukan tak boleh masuk dengan kereta lain...tapi saya sayang kereta lain saya tu...Wish!

Ha!ha! ni bukan pekerja dari seberang...tapi rupa Acu and Armi teruja naik Hilux Ah Peng, dari kebun keluar bila Jeep rosak kat kebun....nasib baik sampai kat kampung ada anak Ah Peng tunggu dengan kereta..kalau tidak sampai rumah la berdiri kat dalam pickup ni

Tak dapat ke kebun, pisang kat tepi rumah jadi mangsa!Mak kata dah cukup tua, so saya pun pergi la tebang pokok tu..orang pro la, tebang ikut suka je...jeng,jeng, pokok tumbang tapi sangkut atas atap...satu hal la plak, ambik tangga panjat atap and turunkan setandan pisang abu ni! Tapi buat kerepek sedap kan?


Armi dengan gembiranya mengumpul buah kuining...depan rumah je, mak kata kalau tunggu gugur sendiri tak merasa sebab jadi rezeki orang yang lalu lalang...

Tak larat, tak larat mak, ndak jugak menjolok kuining ni...mak kata harap-harap sempat la anak-anak yang lain merasa minggu depan...


Close up buah kuining...baunya, hem seminggu tak hilang dari kereta!

Sunday, May 20, 2007

Hujan....rahmat Allah memberi kehidupan di dunia ini

Sejuk dan damai je kebun selepas hujan....sila lihat pokok-pokok segar membesar...Allah Hu Akbar...

Limau nipis...siap dah berbuah tu! Ha!ha! Rahsianya...beli benih yang memang dah ada buah!
Serai..dah tiga minggu, dah kuar tunas...


Ubi kayu...tinggi skit lagi mesti jadi mangsa K.Gie...gulai lemak ngan tulang ikan talang, sedapnya...

Kacang tanah...saje je tanam untuk menahan tanah dari terhakis...Ni la rupanya pokok labu, macam kurang vitamin je kan? Mana tidaknya terus cucuk je dalam tanah...
Macam teh tarik colour air di kolam no 1 ni, dah over flow pun...minggu ni hujan selang sehari...

Over flow dari kolam no 1, petang tadi pun hujan lagi..insyaallah yang ini pun akan penuh juga airnya dalam sehari dua ni....

Kolam no 4 dah siap dan dah penuh pun airnya...keruh , tapi bagi la masa lumpur tu mendak insyaallah jernih la skit dia..

Gazebo...nanti bila penat berkerja boleh la duduk-duduk kat sini, sambil menyejukkan badan di hembus angin segar daerah Raub...

Rumah pekerja...boleh la...
Ni store barang-barang kering...

Opis...ada bilik air/tandas...emph letrik? Ndak pakai generator, atau sambung elektrik TNB? (12 batang tiang elektrik diperlukan dari last point)

Sunday, May 13, 2007

Sedikit development and banyak lagi yang perlu dibuat....















Pokok kelapa pandan setakat minggu ni menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan...tapi sabar lepas 2 tahun baru boleh menikmati airnya yang manis berkhasiat..insyaAllah















Rumah pekerja dah naik bumbung..insyaAllah minggu ni siap la semuanya....tapi air...emph kena buat paip air dari kolam 3 ke atas bukit utama, kena buat kolam tadahan and pasang paip dari kolam tadahan ke rumah pekerja...mungkin kena pakai pump...emph maklum la dari satu puncak bukit ke bukit sebelah!















Ni kolam no 3...sumber air dari sungai kecik dah penuh pun airnya...ada ikan kecik...kuasa Allah bila ada air ada aje ikan...jangan ditanya bagaimana ikan tu boleh sampai ke sungai kecik celah bukit!















OK kolam no 4 siap dibina...air dari kolam no 3 akan di alirkan ke kolam ke 4 ni...dalam woi ...7-8 kaki...kalau saya jatuh memang tenggelam.....















Di puncak bukit inilah akan dibina kolam tadahan air, dari sini paip air akan di pasang untuk menyalurkan air ke rumah pekerja yang nampak sayup-sayup kat bawah tu....



Dua gambar dibawah ini menunjukkan sempadan sebelah utara ladang ini...hem, banyak pokok buluh! bukan senang ndak menerangkan pokok buluh, excavator mengorek sampai ke akarnya yang sedalam 3 - 4 kaki. Kalau tak dibuang sehingga ke akarnya dalam masa 2 minggu je pucuk baru buluh akan tumbuh dengan suburnya....

Sunday, May 6, 2007

Gambar-gambar ladang as at 6th May 07


Ni satu dari empat kolam yang ada kat ladang..kat tepi kolam yang ini kami tanam kelapa pandan and hajat hati nanti nak lepaskan ikan patin and talapia kat kolam ni..











Lereng bukit yang kami tarah untuk tanam cili besar...banyak lagi tunggul kayu yang kena kami bakar..




























Dikawasan berbukit akan di tanam dengan lebih kurang 600 pokok mangga chokanan dan 600 pokok nangka madu...ada dalam 2 ekar (200 pokok) akan kami buat dusun...so ada pokok durian(macam2 jenis), rambutan, pulasan, manggis, limau, dokong,langsat....etc

Sejarah

Mula ANR Sdn Bhd ditubuhkan macam-macam busines yang nak kami buat....bukak kedai stationery, bukak kedai dobi, ternak lembu....dalam dok sibuk-sibuk tengok benda yang related untuk bukak kedai or ternak lembu, pergi tengok MAHA exhibition...Lepas tengok MAHA exhibition decided untuk ternak lembu...gemuk-gemuk and gebu-gebu lembu kat MAHA!!

Phasa kedua cari tanah untuk ternak lembu...niat hati ndak beli 5/6 ekar, cari sana cari sini, harga tanah rata punya la mahal..dah pening kepala tiba-tiba datang proposal untuk 17.58 ekar di kampung! Betul ke ndak beli seluas tu...kami adik beradik ambik kata sepakat..belasah!