Wednesday, January 9, 2008

Pendenbungaan

Pokok tembikai atau labu kadang-kadang perlu didebungakan...ialah cara semulajadi kadang-kadang tak menjadi. Terutamanya bila bunga betinanya sorang-sorang je kat hujung kampung.

Blur la plak gambar ni, tak cukup cahaya....ini bunga betina yang belum kembang...tengok ada putik labu kat bawahnya...


Macam mana nak kenal bunga betina atau bunga jantan? Bunga betina ada macam labu atau tembikai kecik kat bawah dia, tetapi bunga jantan tak ada, kelopak bunga jantan lebih besar.
Ini pulak bunga jantan, tengok siap punya besar ke kelopak bunganya berkembang...


Bunga jantan ni akan berkembang awal-awal pagi dalam pukul 7 lebih bila matahari mula memancar dan akan kuncup layu dan gugur selepas 2-3 jam. Pendek jangka hayatnya. Selepas disenyawakan kalau menjadi bunga akan gugur dan putik akan terus membesar...



Jika hendak melakukan pendenbungaan manual ambik bunga jantan dan telungkupkan debunganya kedalam kelopak bunga betina.Satu bunga jantan boleh digunakan untuk 2/3 bunga betina. Macam tu je...selamat mencuba!

Tuesday, January 1, 2008

Selamat DatangTahun Baru 2008

Salam semua....tahun baru datang lagi, doa kami semoga tahun 2008 ini bakal menjadikan kami lebih matang untuk mentadbir dan melaksanakan usaha-usaha pertanian dan pengangkutan kami.

Dihujung 2007 kami berkorban/aqiqah seekor lembu, mengeluarkan hasil dari kolam keli/puyu dan meneruskan usaha membaik pulih pokok cili yang teruk diserang penyakit daun kerinting.

Alhamdulillah tembikai menunjukkan tumbesaran yang sihat, ada yang sudah mengeluarkan kelopak bunga...bunga yang pertama ini tak lekat buah selalunya...daunnya dah mula menjalar...




Begini lah teruknya keadaan pokok cili yang diserang penyakit daun keringting, buah2 cili pun jadi pendek dan hasilnya kurang.
Kami cuba untuk menyelamatkan pokok cili ini dengan mengunting membuang semua daun2 dan dahan2, disembur baja dan racun organik, dan kami harapkan puck baru yang keluar tidak kerinting lagi...insyaAllah
Ni pula gambar salah satu dari pokok nenas yang sudah berbuah...


Ikan tongsan....bawah perut ikan ni lembik!Guess what kat belakang rumah di Subang ni saya tanam benih labu....tengok2 dah menjalar panjat pagar dan berbunga....ada putik buah pun!
2008 - lets double our effort and ensure success!

Wednesday, December 12, 2007

Musim Hujan

Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya....musim hujan ni ban air kolam pecah lagi..memang nak kena pakai batujugakla kat area ni....

Tak sangkakan punca air yang dalam sekaki lebar boleh melimpah dan pecahkan ban yang dekat 2 depa lebarnya....
Ini kami letak culvert antara lurah bukit untuk air mengalir masuk ke kolam, tanah dikiri kanan culvert yang terhakis....
Ni overflow paip...dah tak nampak pun batang paipnya....

Balik weekend ni nak kena perbetulkan semua ni....kuar duit lagi..tapi bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudiannya...InsyaAllah, semoga Allah berikan kami kekuatan dan rahmatNya,amin.

Monday, December 10, 2007

Sabak Bernam

Weekend baru ni tak balik Raub...ada company dinner malam sabtu...hari ahadnya saya ke Sabak Bernam...ada kebun sawit kecil je kat sana, last jenguk bulan 3 hari tu.... Sebagaimana biasanya tepi2 jalan menghala ke Sabak Bernam ramai yang menjual jagung taiwan, mangga, rambutan, keladi, mentaram....


Pisang ni makcik tu kata jenis berangan..tapi besarkan macam montel, memang lemak sungguh buahnya...
Ni la kebun sawit saya..pokok ni dah masuk tahun ketiga di tanam, ada la tunas buah kat pangkal pokok tu...4/5 tandan..saya jumpa pak ngah mintak tolong carikan orang untuk meracun,membaja dan membersihkan daun pokok dan lain-lain.


Tengok tu ada buah sawit kat perdu pokok ni.....
Ingat nak tanam nenas la diantara pokok sawit ni...boleh kan?Atau ada tanaman lain yang lebih bagus untuk diusahakan...
Seberang jalan depan tanah saya kawan dah buat penternakan kambing...tengok tu sihat2 je kambing nya!

Sebelah tanah saya, tanah adik ipar...ingat nak luaskan sikit usaha2 kat Sabak ni...buat dua2 lot dapat la 3 ekar...antara yang kami nak buat..tembikai(short term), pisang, nenas...emph apa yang tak perlukan pekerja yang ramai dan kurang musuh?
OK...kita selit cite kebun Raub skit....

Ni la rupanya ikan talapia saya...dah masuk 4 bulan umurnya....badan dah nampak berisi, dah pesan Acu suruh bagi makan cukup2 pada umur ini...kat Raub seekor ikan talapia RM12/kgs!

Ni la kerja saya seharian hari ahad 2nd December...buang daun terung! Sepanjang hari punya keja baru cover 3 teres pokok...kalau tak buang daun terung ni, nanti ulat banyak bersarang dan baja dan racun yang disembur tak kena ke pokok....Ingat tempat bendi nak di ganti dengan tomato ceri la...lets find out more about tomato!





Monday, November 26, 2007

Meneruskan Usaha















Pak tani tolong komen skit..ngape daun pokok mangga di atas ni color dia hijau semacam dan yang kat bawah ni plak merah macam lecur mengapa pula?




























Yang gambar ini pula pokok mangga yang sihat bercambah, daun mangga boleh buat ulam tak?Macam sedap je pucuk mangga ni














Ini antara 1500 pokok tembikai yang sudah cukup umur dan kami dah transfer ke ladang minggu ini.For the next 2 week kena pantau betul2 bimbang kurang air atau diganggu serangga.

Sunday, November 18, 2007

Perkembangan Terbaru....















Ini usaha kami yang terbaru...nak cuba tanam 3000 pokok tembikai organik...














Ni anak pokok tembikai yang berumur 4 hari, dah lebih 2 inci tinggi



















Baja kompos di letak dalam lubang yang jaraknya tiga kaki dari each other, dah letak baja tutup balik lubang (gambar bawah) dan tunggu 6 hari sebelum anak benih di transfer ke lubang ini, benih umur 10 hari baru boleh transfer ke ladang.



















Tembikai organik ini memerlukan penjagaan rapi, jadi ada check list yang telah disediakan...aktiviti perlu di lakukan tepat pada masanya dan mengikut kuantiti yang di perlukan....hemp...mampu ke pekerja kami.....

Ialah aktiviti di kebun tanpa henti, cili, bendi dan terung hendak dikutip selang 2 hari sekali, mangga, nangka, pokok buah-buahan yang lain, pisang, nenas semua perlu di buang rumpai, digembur tanah sekeliling pokok, di racun dan dibaja....




















Pokok nangka,mangga dan pisang Alhamdulillah membesar dengan sihat...ada sedikit masalah anai2 dikebun, maklumlah saya terangkan hutan dan ada tunggul kayu yang tertanam tu....ada yang boleh bagi cadangan jenis pengawalan anai-anai yang baik?

Friday, November 16, 2007

Salam....lamanya tak update

Assalamualaikum semua....lamanya tak update blog...sibuk skit lately ni...kebun alhamdulillah walau pun ada seranggan serangga, kulat dan keadaan cuaca ....hasil masih berjaya dikutip.

Musim-musim hujan ni bunga tanaman tak lekat, gugur sebelum mampu menghasilkan putik, emph kena curi-curi masa antara hujan untuk membaja agar hasil dapat dituai berterusan.

Harga cili terus tak stabil, kami harap jika ada pembeli cili segar yang berminat sila la hubungi kami...anrsdnbhd@yahoo.com atau 012-3832477.















Meor sedang mengred cili, memilih jika ada yang di serang serangga..kami jual yang elok2 aje...















Ni gambar cili segar di pokok, ada juga pokok yang diserang penyakit kerinting.















Gambar atas ni pula, cili yang kami process untuk dijadikan cili kering....sila hubungi kami jika berminat untuk buat cili sos.















Usaha terbaru di kebun adalah untuk menanam tembikai secara organik, jika segalanya mengikut perancangan, insyaAllah tembikai organik ini untuk pasaran export....Semoga Allah permudahkan perjalanan kami....