Monday, January 21, 2008

Cabaran dan Rintangan

Banyak betul musuh tanam-tanaman...kalau ada yang expert tolong lah share penawarnya


Pokok layu dan bila batang pokok matang di potong, ada lubang hitam...tiada serangga dijumpai.

Lihat buah cili ini, hujungnya bagai di tebuk ulat ada bintik kecil dan akhirnya membusuk.

Yang ini plak hujung buah macam terluka kulitnya...
Ada daun terung yang macam kekuningan dan pokok nampak macam kering...air cukup disiram, mungkinkah terung juga boleh diserang penyakit keringting?
Ada buah terung yang hujungnya ditumbuhi kulat dan membusuk....
Yang ini plak hujung terung jadi busuk...kulat?

Alhamdulillah pokok tembikai setakat ini membesar dan insyaAllah dalam seminggu dua lagi boleh memetik buah.

Ini plak ikan kaloi....RM12 seekor besar ini...sedap sungguh makan tengahari ahad lepas, gulai lemak cili api ikan kaloi!






Tuesday, January 15, 2008

Reput Kulapuk Berdebu/botrytis cinerea.

Pokok cili saya banyak diserang penyakit ini...kepada kawan-kawan yang hendak membaca macam mana rupanya penyakit ni sila lawat www.nagaliar.blogspot.com tapi bukan cili aje diserang penyakit reput kulapuk ni....

Kalau kena kat buah durian ada maisilium yang berwarna putih kelihatan atas permukaan buah, jika menyerang buah putik ia boleh menyebabkan buah merekah dan gugur....adalah dicadangkan sembur dengan racun kulat jenis sulfur (kadar 0.1-0.2%b.a).

Jika disebabkan oleh kulapok downy pada pokok timun disarankan semburan benomyl dengan kadar 0.025%b.a.

Jika pada pokok getah disarankan mengunakan pendebuan belerang pada pucuk-puck yang keluar pada kadar 9kg/ha setiap minggu sebanyak 5-6 kali.

Pokok petola plak boleh kena kulat: -

Kulapuk downy (Pseudoperonospora cubensis)

Binitik-bintik kecik yang berbentuk siku dan berwarna hijau pucat kekuningan akan kelihatan di atas dauan. Lapisan bawah daun diselaputi oleh sepora-sepora cendawankeungu-unguan. Serangan yang teruk akan mengakibatkan buah terbantut

Sembur dengan racun kulat mancozebCabut dan kumpul pokok-pokok yang diserang teruk dan bakar

Kulapuk berdebu (oidium sp.)

Terdapat kulat yang berdebu di permukaan daun-daun. Kemudian bahagian yang berpenyakit menjadi perang dan kering

Sembur dengan racun kulat carbendazim. Sembur pada mula-mula terdapat tanda-tanda penyakit


Bunga Ros pun boleh kena serangan kulat- kulapuk downy, thrips, kulapuk berdebu dan bintik hitam pada daun. Racun semburan yang disyorkan ialah chlorothalonil dan Benomyl.

OK, could somebody please advise camana nak control penyakit ni kalau kat cili?

Wednesday, January 9, 2008

Pendenbungaan

Pokok tembikai atau labu kadang-kadang perlu didebungakan...ialah cara semulajadi kadang-kadang tak menjadi. Terutamanya bila bunga betinanya sorang-sorang je kat hujung kampung.

Blur la plak gambar ni, tak cukup cahaya....ini bunga betina yang belum kembang...tengok ada putik labu kat bawahnya...


Macam mana nak kenal bunga betina atau bunga jantan? Bunga betina ada macam labu atau tembikai kecik kat bawah dia, tetapi bunga jantan tak ada, kelopak bunga jantan lebih besar.
Ini pulak bunga jantan, tengok siap punya besar ke kelopak bunganya berkembang...


Bunga jantan ni akan berkembang awal-awal pagi dalam pukul 7 lebih bila matahari mula memancar dan akan kuncup layu dan gugur selepas 2-3 jam. Pendek jangka hayatnya. Selepas disenyawakan kalau menjadi bunga akan gugur dan putik akan terus membesar...



Jika hendak melakukan pendenbungaan manual ambik bunga jantan dan telungkupkan debunganya kedalam kelopak bunga betina.Satu bunga jantan boleh digunakan untuk 2/3 bunga betina. Macam tu je...selamat mencuba!

Tuesday, January 1, 2008

Selamat DatangTahun Baru 2008

Salam semua....tahun baru datang lagi, doa kami semoga tahun 2008 ini bakal menjadikan kami lebih matang untuk mentadbir dan melaksanakan usaha-usaha pertanian dan pengangkutan kami.

Dihujung 2007 kami berkorban/aqiqah seekor lembu, mengeluarkan hasil dari kolam keli/puyu dan meneruskan usaha membaik pulih pokok cili yang teruk diserang penyakit daun kerinting.

Alhamdulillah tembikai menunjukkan tumbesaran yang sihat, ada yang sudah mengeluarkan kelopak bunga...bunga yang pertama ini tak lekat buah selalunya...daunnya dah mula menjalar...




Begini lah teruknya keadaan pokok cili yang diserang penyakit daun keringting, buah2 cili pun jadi pendek dan hasilnya kurang.
Kami cuba untuk menyelamatkan pokok cili ini dengan mengunting membuang semua daun2 dan dahan2, disembur baja dan racun organik, dan kami harapkan puck baru yang keluar tidak kerinting lagi...insyaAllah
Ni pula gambar salah satu dari pokok nenas yang sudah berbuah...


Ikan tongsan....bawah perut ikan ni lembik!Guess what kat belakang rumah di Subang ni saya tanam benih labu....tengok2 dah menjalar panjat pagar dan berbunga....ada putik buah pun!
2008 - lets double our effort and ensure success!