Sunday, January 3, 2010

Nangka

Salam....

Lama tak update blog ni...busy dengan hidup dan kehidupan...Gambar-gambar terbaru kebun buat penghias...

















Sayup dari satu puncak bukit memandang ke bukit yang satu lagi...
















Pokok mangga...hope within this months dia start berbunga balik...
















Membalut buah nangka...


Just want to share some info about nangka...

Buah nangka saya ada masalah berikut:-

1) buah diserang ulat
2) buah pecah seblm tua
3) kulit buah jadi hitam

Berikut adalah beberapa keratan dari internet yang saya jumpa untuk penjagaan nangka: -

PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA

Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight)

Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk.

Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.


KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA

Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:-

  • Pengorek Buah (Margaronia caesalis) - dari jenis kupu-kupu.
    Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan aau fras dikeluarkan dari lubang ini. Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas.

  • Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp - sejenis kumbang
    Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

  • Lalat buah (bactrocera spp).
    Bertelur di dalam buah yang hampir masak. Mengorek dan memakan isi buah. Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas. Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion disemburkan ke daun. Penggunan bahan penarik methyl-eugenol untuk memerangkap lalat buah.

  • Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp)
    Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas sebagai halangan fizikal untuk mengelakkan lalat buah bertelur pada buah.


    A. Pengorek buah

    Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini.

    1. Membalut buah 2 minggu selepas berputik dengan karung kertas.

    2. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

    3. Tiada bahan kimia yang didaftar untuk kawalan.

    B. Mati Rosot

    Pokok menjadi kuning, daun guru diikuti dengan mati rost. Terdapat rembesan berwarna kuning pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi reput.

    1. Jaga kebersihan ladang.

    2. Buang dan bakar pokok yang diserang teruk.

    3. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang.

    C. Cendawan angin

    -disebabkan oleh fungi,Erythricium salmonicolor.

    - serius di kawasan tanaman berkepadatan tinggi atau di bawah lindungan pada musim hujan.

    Menyerang bahagian dahan, ranting dan batang. Pada keadaan lembap, miselium merah jambu kelihatan di celah-celah bahagian kulit, batang dan daun.

    1. Elakkan menanam secara rapat dan lindungan yang intensif.

    2. Pangkas bahagian yang diserang dan amalkan kebersihan ladang membuang sisa-sisa tanaman.

    3. Pantau ladang untuk mengelak penyakit yang berulang.

    4. Tiada racun kulat yang didaftar di bawah Lembaga Racun Perosak Malaysia pada masa ini.




    Jika kawan-kawan ada petua-petua dan cara-cara mengawal serangan ulat,penjagaan buah dan menambah hasil nangka, harap dapat dikongsi bersama