Wednesday, January 9, 2008

Pendenbungaan

Pokok tembikai atau labu kadang-kadang perlu didebungakan...ialah cara semulajadi kadang-kadang tak menjadi. Terutamanya bila bunga betinanya sorang-sorang je kat hujung kampung.

Blur la plak gambar ni, tak cukup cahaya....ini bunga betina yang belum kembang...tengok ada putik labu kat bawahnya...


Macam mana nak kenal bunga betina atau bunga jantan? Bunga betina ada macam labu atau tembikai kecik kat bawah dia, tetapi bunga jantan tak ada, kelopak bunga jantan lebih besar.
Ini pulak bunga jantan, tengok siap punya besar ke kelopak bunganya berkembang...


Bunga jantan ni akan berkembang awal-awal pagi dalam pukul 7 lebih bila matahari mula memancar dan akan kuncup layu dan gugur selepas 2-3 jam. Pendek jangka hayatnya. Selepas disenyawakan kalau menjadi bunga akan gugur dan putik akan terus membesar...



Jika hendak melakukan pendenbungaan manual ambik bunga jantan dan telungkupkan debunganya kedalam kelopak bunga betina.Satu bunga jantan boleh digunakan untuk 2/3 bunga betina. Macam tu je...selamat mencuba!

1 comment:

Anonymous said...

ooo... itu macam