Monday, July 21, 2008

Permandangan Cantik Di New Zealand

Rasanya tak perlu ada kata-kata lain untuk mengambarkan kecantikkan pemandangan dan alam semulajadi di New Zealand.....One best and fun trip!!!Kami berlima tak berhenti2 cakap it was a fun trip sejak balik sampai sekarang!



















Sunday, July 13, 2008

Situasi terkini

Dah lama tak jengok kebun semenjak insiden kaki luka kena jahit 5 hari tu! Awal June plak bila kaki mula baik berjalan je New Zealand for 10 days...nice country love the wheather and sceneries

Balik dari N.Zealand sibuk dengan pembukaan kedai Dobi CHARM LAUNDRESS.....alhamdulillah dah 4 minggu kedai beroperasi.

Alhamdulillah Acu dan pekerja meneruskan usaha di kebun...Kami kecilkan skala penanaman tembikai sebab hasilnya kurang banyak...kalau ikut sifu, setiap pokok bercabang tiga, setiap cabang plak 3 biji...setiap biji dalam 1.5- 3kgs...jadi bila hasilnya tak segitu, kami punya income pun kurang la...tapi bukan terus tak ada....jadi kami dah decide...tembikai akan di tanam di antara pokok nangka di bukit tinggi...kawasan bawah kami tanam bendi dan jagung.

Ada beberapa kawasan terbuka lagi akan kami tanam sayur-sayur daun seperti bayam hijau, kangkung, sawi taiwan dan sebagainya...diharapkan dapat la kami menampung perbelanjaan seharian dengan hasil penjualan sayur-sayuran ini.






Cuba sesiapa yang pakar komen skit....ok tak pertumbuhan pokok mangga ni? Betul tak cara kami bentuk cabang-cabang tiga dahan tu...




Berdekatan dengan Lee Rubber Bentong ada orang jual nangka madu, seronok tengok berlonggok longgok buah nangka, Insyaallah pokok yang di bawah ini pun bakal mengeluarkan hasil tak lama lagi..ada kawan cite, ada orang bukak meja lipat di Bangsar, jual nangka dalam paket RM3/RM5 sepaket...sepagi je dapat collection dalam Rm1,000! Lumayan!

Pisang berangan kami benih pokok kampung, boleh la dapat harga Rm1.20 sekilo....setiap 2 minggu dalam 18-20 tandan pisang berangan, pisang emas dan pisang rastali terjual.
Jagung kami tanam dalam kawasan seluas setengah ekar je, nak mencuba, nampak ok, dalam 35 hari lagi boleh di kutip hasil ni....


Insyaallah akan kami mengeluarkan dalam seribu lebih ekor ikan talapia dari kolam....kalau ada yang boleh ambik borong dari kolam di Raub, amat la kami alu2kan..sila hubungi kami di no 012-3832477