Alhamdulillah dah masuk pun 4 Ramadhan kita berpuasa, semuanya tak melemahkan usaha-usaha gigih di kebun....Pagi-pagi sabtu drive balik Raub and jalan masih berkabus...tenang dan menyegarkan
Tembikai oh tembikai...dah cukup tua kah engkau...cuba tengok tu sebijik 10.5kgs!
Berdebar-debar dan tak sabar nak tengok merah ke, manis ke buah ni...tapi kena tunggu Maghrib...Jeng...jeng akhirnya bila di potong tembikai merah pink!
Waktu berbuka pun tiba...emph manis!Alhamdulillah ingatkan pink kurang manis, tapi yang ini manis la plak dan air tembikai membasah tekak kami maghrib itu...Mak teringin nak makan keli kolam, jadi kami pun tangkap la 7 ekor, kecik lagi kan tapi dah sekilo dah 7 ekor ni...kulit keli kami putih kemerahan dan isinya putih.....
Tadi fresh fish, ini lah rupanya keli masak gulai lemak cili api...hem, nyum nyum sedapnya....
Aishih kebun kami sudah di datangi makhluk/serangga perosak la...nak buat cam mana kan? Dah memang ketentuanNya..hasil kami dikongsi bersama belalang dan ulat kat bawah ni...So kerja2 mengawal binatang perosak kami mulakan....
Ada yang boleh menolong identify binatang ini jenis apa dan jenis kemusnahan yang bakal di bawanya serta khidmat nasihat jenis racun yang patut kami gunakan?
Pokok pisang ni kena penyakit apa ye..mengapa daunnya macam layu pastu kering kehitaman...so far ada 2 pokok yang jadi macam ni....tolong bagi khidmat nasihat...
Cili presentation....jeng..jeng.....abah dah ambik skit tadi, buat ulam cili muda...Ada juga yang kena penyakit lecur...adat la kan....sesungguhnya kami bersyukur dengan nikmatNya..Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ada yang boleh menolong identify binatang ini jenis apa dan jenis kemusnahan yang bakal di bawanya serta khidmat nasihat jenis racun yang patut kami gunakan?
Saya nak tolong jawab la itupun kalau masih mencari jawapan la..
Binatang tu namanya kepinding.. tapi saya tak pasti jenis yg mana satu sebab tak jelas.. kepinding ni ade beberapa jenis.. ade kepinding buah, kepinding nyamuk dan kepinding hijau. Walau bagaimanapun, nimfa dan dewasa menghisap cairan dari pucuk, bunga dan buah. Serangannya boleh menyebabkan luka, keruping berkarat atau permukaan buah menjadi bintik-bintik. Biasanya syor kawalan oleh Jabatan Pertanian ialah disembur dengan racun yang mempunyai bahan aktif carbaryl. Sebelum membeli racun sila baca label dahulu.
Hai Syam...terima kasih atas komen dan atas kesudian melawat blog kami...insyaAllah lepas Deepavali ada update baru..sibuk sikit ngan keje2 logistics at the moment
Post a Comment