Minggu ni tak banyak aktiviti kat kebun...hujan mamberi rahmat membasahi bumi Allah..jadi kami menafaatkan masa ini untuk bermesra sekeluarga yang sememangnya suka mandi sungai...
Nama tempat ni Lata Lembik satu diantara 13 water recreation areas in Raub! Banyak tu...tapi yang famousnya macam Lata Lembik, Lata Jarum and Pulau Chekas untuk mandi manda...Jeram Besu pulak untuk water rafting...kat jeram Lata Lembik ni ramai yang slide dari atas batu ni ke dalam air, pastikan anda pandai berenang kerana kadang-kadang arusnya kuat juga...
Ini kawasan yang agak tenang dan cetek untuk bebudak mandi manda
Penat berendam dalam air yang sejuk...mula la duduk pinggir air main pasir...Nurul, Hakim dan Amir...
Yang ini plak monster air...si Haikal jangan terkejut baru berumur 8 tahun tapi tak takut air dan penebat tebal badan dia tu membuatkan dia seorang saja yang tahan kesejukkan air sungai ni...
Yang ini plak adik bongsu Haikal dan Hakim..Danny Hadif...sian dia kena tinggalkan rumah, kecik sangat ndak bawak ke jeram...
Ni muka seorang lagi minah frust tak dapat pergi sungai..Iman Nasuha, adik Nurul dan Amir, umur setahun setengah....diam2 kuat menyelongkar tempat pinggan opah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment