Sunday, May 13, 2007
Sedikit development and banyak lagi yang perlu dibuat....
Pokok kelapa pandan setakat minggu ni menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan...tapi sabar lepas 2 tahun baru boleh menikmati airnya yang manis berkhasiat..insyaAllah
Rumah pekerja dah naik bumbung..insyaAllah minggu ni siap la semuanya....tapi air...emph kena buat paip air dari kolam 3 ke atas bukit utama, kena buat kolam tadahan and pasang paip dari kolam tadahan ke rumah pekerja...mungkin kena pakai pump...emph maklum la dari satu puncak bukit ke bukit sebelah!
Ni kolam no 3...sumber air dari sungai kecik dah penuh pun airnya...ada ikan kecik...kuasa Allah bila ada air ada aje ikan...jangan ditanya bagaimana ikan tu boleh sampai ke sungai kecik celah bukit!
OK kolam no 4 siap dibina...air dari kolam no 3 akan di alirkan ke kolam ke 4 ni...dalam woi ...7-8 kaki...kalau saya jatuh memang tenggelam.....
Di puncak bukit inilah akan dibina kolam tadahan air, dari sini paip air akan di pasang untuk menyalurkan air ke rumah pekerja yang nampak sayup-sayup kat bawah tu....
Dua gambar dibawah ini menunjukkan sempadan sebelah utara ladang ini...hem, banyak pokok buluh! bukan senang ndak menerangkan pokok buluh, excavator mengorek sampai ke akarnya yang sedalam 3 - 4 kaki. Kalau tak dibuang sehingga ke akarnya dalam masa 2 minggu je pucuk baru buluh akan tumbuh dengan suburnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment