Tuesday, January 15, 2008

Reput Kulapuk Berdebu/botrytis cinerea.

Pokok cili saya banyak diserang penyakit ini...kepada kawan-kawan yang hendak membaca macam mana rupanya penyakit ni sila lawat www.nagaliar.blogspot.com tapi bukan cili aje diserang penyakit reput kulapuk ni....

Kalau kena kat buah durian ada maisilium yang berwarna putih kelihatan atas permukaan buah, jika menyerang buah putik ia boleh menyebabkan buah merekah dan gugur....adalah dicadangkan sembur dengan racun kulat jenis sulfur (kadar 0.1-0.2%b.a).

Jika disebabkan oleh kulapok downy pada pokok timun disarankan semburan benomyl dengan kadar 0.025%b.a.

Jika pada pokok getah disarankan mengunakan pendebuan belerang pada pucuk-puck yang keluar pada kadar 9kg/ha setiap minggu sebanyak 5-6 kali.

Pokok petola plak boleh kena kulat: -

Kulapuk downy (Pseudoperonospora cubensis)

Binitik-bintik kecik yang berbentuk siku dan berwarna hijau pucat kekuningan akan kelihatan di atas dauan. Lapisan bawah daun diselaputi oleh sepora-sepora cendawankeungu-unguan. Serangan yang teruk akan mengakibatkan buah terbantut

Sembur dengan racun kulat mancozebCabut dan kumpul pokok-pokok yang diserang teruk dan bakar

Kulapuk berdebu (oidium sp.)

Terdapat kulat yang berdebu di permukaan daun-daun. Kemudian bahagian yang berpenyakit menjadi perang dan kering

Sembur dengan racun kulat carbendazim. Sembur pada mula-mula terdapat tanda-tanda penyakit


Bunga Ros pun boleh kena serangan kulat- kulapuk downy, thrips, kulapuk berdebu dan bintik hitam pada daun. Racun semburan yang disyorkan ialah chlorothalonil dan Benomyl.

OK, could somebody please advise camana nak control penyakit ni kalau kat cili?

No comments: