Sunday, November 18, 2007

Perkembangan Terbaru....















Ini usaha kami yang terbaru...nak cuba tanam 3000 pokok tembikai organik...














Ni anak pokok tembikai yang berumur 4 hari, dah lebih 2 inci tinggi



















Baja kompos di letak dalam lubang yang jaraknya tiga kaki dari each other, dah letak baja tutup balik lubang (gambar bawah) dan tunggu 6 hari sebelum anak benih di transfer ke lubang ini, benih umur 10 hari baru boleh transfer ke ladang.



















Tembikai organik ini memerlukan penjagaan rapi, jadi ada check list yang telah disediakan...aktiviti perlu di lakukan tepat pada masanya dan mengikut kuantiti yang di perlukan....hemp...mampu ke pekerja kami.....

Ialah aktiviti di kebun tanpa henti, cili, bendi dan terung hendak dikutip selang 2 hari sekali, mangga, nangka, pokok buah-buahan yang lain, pisang, nenas semua perlu di buang rumpai, digembur tanah sekeliling pokok, di racun dan dibaja....




















Pokok nangka,mangga dan pisang Alhamdulillah membesar dengan sihat...ada sedikit masalah anai2 dikebun, maklumlah saya terangkan hutan dan ada tunggul kayu yang tertanam tu....ada yang boleh bagi cadangan jenis pengawalan anai-anai yang baik?

1 comment:

PakTani said...

Assalamualaikum kak wish

Kalo serangan anai2, apa yg saya buat utk jimat kos... saya gali 4 penjuru pokok...tak payah besar... agak2 besar penumbuk pun cukup...pakai penggali je... gali dalam 1-1kaki setengah. lepas tu bancuh malathion campur air..(50ml malathion/liter air) siram dlam lubang yang digali tu. buat 6 bulan sekali.atau jika ada tanda serangan.Kalau pakai racun khas anai2 mahal..contohnya Lentrek...
jadi saya pakai malathion sahaja. Cubalah... InsyaAllah.