Salam semua....
Kepada yang berminat untuk membeli custom made men shirt kain super 100's cotton easy care woven in Italy sila hubungi kami...Harga RM250 sehelai. Contoh design seperti gambar- gambar di bawah. Colar dan cuffling boleh mengikut spec yang di idamkan...
Baju siap dalam masa 10 hari .
Sunday, August 24, 2008
Monday, July 21, 2008
Permandangan Cantik Di New Zealand
Sunday, July 13, 2008
Situasi terkini
Dah lama tak jengok kebun semenjak insiden kaki luka kena jahit 5 hari tu! Awal June plak bila kaki mula baik berjalan je New Zealand for 10 days...nice country love the wheather and sceneries
Balik dari N.Zealand sibuk dengan pembukaan kedai Dobi CHARM LAUNDRESS.....alhamdulillah dah 4 minggu kedai beroperasi.
Alhamdulillah Acu dan pekerja meneruskan usaha di kebun...Kami kecilkan skala penanaman tembikai sebab hasilnya kurang banyak...kalau ikut sifu, setiap pokok bercabang tiga, setiap cabang plak 3 biji...setiap biji dalam 1.5- 3kgs...jadi bila hasilnya tak segitu, kami punya income pun kurang la...tapi bukan terus tak ada....jadi kami dah decide...tembikai akan di tanam di antara pokok nangka di bukit tinggi...kawasan bawah kami tanam bendi dan jagung.
Ada beberapa kawasan terbuka lagi akan kami tanam sayur-sayur daun seperti bayam hijau, kangkung, sawi taiwan dan sebagainya...diharapkan dapat la kami menampung perbelanjaan seharian dengan hasil penjualan sayur-sayuran ini.

Cuba sesiapa yang pakar komen skit....ok tak pertumbuhan pokok mangga ni? Betul tak cara kami bentuk cabang-cabang tiga dahan tu...

Berdekatan dengan Lee Rubber Bentong ada orang jual nangka madu, seronok tengok berlonggok longgok buah nangka, Insyaallah pokok yang di bawah ini pun bakal mengeluarkan hasil tak lama lagi..ada kawan cite, ada orang bukak meja lipat di Bangsar, jual nangka dalam paket RM3/RM5 sepaket...sepagi je dapat collection dalam Rm1,000! Lumayan!
Pisang berangan kami benih pokok kampung, boleh la dapat harga Rm1.20 sekilo....setiap 2 minggu dalam 18-20 tandan pisang berangan, pisang emas dan pisang rastali terjual.
Jagung kami tanam dalam kawasan seluas setengah ekar je, nak mencuba, nampak ok, dalam 35 hari lagi boleh di kutip hasil ni....

Insyaallah akan kami mengeluarkan dalam seribu lebih ekor ikan talapia dari kolam....kalau ada yang boleh ambik borong dari kolam di Raub, amat la kami alu2kan..sila hubungi kami di no 012-3832477

Saturday, June 21, 2008
CHARM LAUNDRESS KEDAI DOBI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Hari ini kedai dobi yang kami beri nama CHARM LAUNDRESS mula beroperasi di no 31 Jalan PJU 1A/20A Ara Damansara. Dry clean boleh, normal wash boleh, ironing boleh....nak kami basuh tangan pun boleh!

Ini pintu depan.....ada discount sempena pembukaan, marilah datang beramai-ramai!
Mesin normal wash kami, mesin ni boleh basuh baju menggunakan air panas jadi kepada yang nak basuh kain cotton 100% tu pakai air panas lagi terjamin bersih!
Ini mesin dry clean kami, mesin ini boleh digunakan untuk membasuh baju kurung yang bermanik atau berlabuci, jacket kulit pun boleh!
Mesin dryer, besar Mr Bean pun boleh masuk!
Antara baju-baju yang kami terima untuk di basuh pada hari pertama...banyak bakul2 Armi!
Ini steam iron, baju berbau segar dan segala kedut-kedut pun hilang!

Friday, May 23, 2008
Ikan
Macam-macam boleh jadi jika kita tak berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan...bagi saya dapat la 5 jahitan bila masuk kolam tak pakai kasut dan terpijak tudung tong drum berkarat!

Gempar kekawan dan keluarga yang datang ke kebun pada hari tu, tapi usaha menjaring ikan diteruskan juga!
Antara kawan-kawan yang datang dari KL untuk menonton...
Jejaka di import khas dari Subang oleh Armi....

Yes aksi sudah bermula...tarik-tarik...selut lumpur yang dalam tu!
Cepat-cepat kumpulkan..hish geram nak menangkap sama!
Ini ikan talapia kami...bercampur kecik besar, dah beranak agaknya ikan dalam kolam saya ni
Ini ikan kerai kami...entah macam mana dari kolam sebelah dia boleh mudik salur air masuk ke kolam talapia ni....
Patin ini menjadi sungguh!......Walau pun air kolam kami keruh, tapi alhamdulillah ikan tak berasa tanah langsung....
Kepada kawan-kawan yang masih terasa gulai lemak rebung, gulai tempoyak keladi sulur kemahang, sayur pucuk cemperai dengan cendawan, ikan masin dan ulam petai....jangan serik jenguk2 kami lagi di Raub....

Gempar kekawan dan keluarga yang datang ke kebun pada hari tu, tapi usaha menjaring ikan diteruskan juga!Yes aksi sudah bermula...tarik-tarik...selut lumpur yang dalam tu!
Ini ikan talapia kami...bercampur kecik besar, dah beranak agaknya ikan dalam kolam saya ni
Ini ikan kerai kami...entah macam mana dari kolam sebelah dia boleh mudik salur air masuk ke kolam talapia ni....Kepada kawan-kawan yang masih terasa gulai lemak rebung, gulai tempoyak keladi sulur kemahang, sayur pucuk cemperai dengan cendawan, ikan masin dan ulam petai....jangan serik jenguk2 kami lagi di Raub....
Wednesday, April 23, 2008
PELUANG PERKERJAAN
Kami bakal mengusahakan penanaman dan pemprosesan roselle di Pahang....Sesiapa yang berminat untuk menjadi supervisor menguruskan penanaman, pemprosesan roselle sila hubungi kami...Gaji dan imbuhan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman....penduduk sekitar daerah Bentong, Karak dan Mentakab di alu-alukan....
Email : anrsdnbhd@yahoo.com
HP : 012-3832477
Email : anrsdnbhd@yahoo.com
HP : 012-3832477
Monday, April 7, 2008
Membesar Dengn Sihat....
Alhamdulillah tembikai membesar...kami mengharapkan 3 biji tembikai dari satu pokok....
daun lebat....kena selak daun baru nampak buah2 dibawahnya....
.jpg)
Ini insyaAllah dalam 2 minggu lagi boleh di petik..tapi sayang tak sempat untuk dihidangkan pada hari perkahwinan seseorang yang istimewa tu.....
Buah tembikai kami ada beberapa peringkat...yang tadi dah besar...yang ni sedang membesar dan ada juga yang baru keluar putik....
Pokok pisang dah mengeluarkan hasil.. ini pisang berangan benih kampung..tandan buhanya panjang hampir mencecah tanah...plak tu yang sisir atas dah besar..sisir bawah kecil lagi....
.jpg)
Ini plak pisang emas...ingat nak biarkan masak dipokok...tapi angin kuat petang kemarin dah menyebabkan batang pokok tak mampu menahan beban berat buah..menyembah bumi jadinya....besar ulas pisangnya....harap2 manis la rasanya...
daun lebat....kena selak daun baru nampak buah2 dibawahnya....
.jpg)
Ini insyaAllah dalam 2 minggu lagi boleh di petik..tapi sayang tak sempat untuk dihidangkan pada hari perkahwinan seseorang yang istimewa tu.....
Buah tembikai kami ada beberapa peringkat...yang tadi dah besar...yang ni sedang membesar dan ada juga yang baru keluar putik....
Pokok pisang dah mengeluarkan hasil.. ini pisang berangan benih kampung..tandan buhanya panjang hampir mencecah tanah...plak tu yang sisir atas dah besar..sisir bawah kecil lagi.....jpg)
Ini plak pisang emas...ingat nak biarkan masak dipokok...tapi angin kuat petang kemarin dah menyebabkan batang pokok tak mampu menahan beban berat buah..menyembah bumi jadinya....besar ulas pisangnya....harap2 manis la rasanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)