Wednesday, November 19, 2008

Aktiviti terkini

Lama tak update blog....busy mencari rezeki di dalam bidang logistics, laundry dan agriculture....Alhamdulillah sedikit demi sedikit usaha membuahkan hasil....

Pisang sekarang ni tengah ada harga...membalut pisang mencantikkan kulit pisang, jadi dapat la harga cantik skit...RM1.50 sekilo setiap 2 minggu kami menjual dalam 500 kgs pisang...sikit je, kalau ada kekawan yang ada anak pisang montel kami berminat untuk membeli. Ada lagi tempat untuk 1,000 pokok pisang rasanya.



Usaha-usaha penanaman semula bendi sedang giat di jalan, alhamdulillah kebun kami serasi dengan bendi. Harga boleh tahan, musuh pun kurang, cuma leceh memetiknya.

Bendi tak perlukan batas tapi sebab memang tempat ni dah kami bataskan jadi kami pun tanam je la.

Kami ada tanam dalam 30 pokok cili kecil untuk makanan dan jualan sedikit. Boleh la sekilo dalam RM16 - RM20 cili ni.
Masa menghantar pisang ke pemborong di Sg Ruan ternampak tempat pengumpulan halia, geram tengok halianya besar-besar, gred A kata apek tu, sekilo RM10. Saya beli 5 kilo untuk di jadikan benih. Halia ni matang dalam tempoh 8 bulan, kita tengok nanti hasilnya macam mana.


Saje je nak buat semua terliur menenggok....percaya tak kalau saya kata sepinggan durian ni hasil dari 3 pangsa buah yang berbeza...yang kuning di bahagian belakang tu jenis Raja Kunyit, yang orange sikit di bahagian kanan 101 dan yang kiri tepi kuning lembut tu jenis D24 bukit. Semua nya jenis lemak dan manis....


Minggu lepas, bawak anak saudara memancing di kolam, makan pancing jugak talapia dan kerai...bila dah sampai rumah semua nak posing dengan ikan...
Haikal dan ikan kerai...abang macho dapat 4 ekor katanya
Pancing Hakim pun mengena juga, talapia yang besar sekali naik pakai pancing Hakim
Amir memang sabar memancing, cool je walau pun Haikal dok gelak2 kata dia lagi macho awal2 lagi dah naik kan ikan...besar dah talapia kami...

Ni As saje je posing dengan kerai yang baru di naik kan....