Tuesday, July 31, 2007

Ikan...Ikan

Seronok tengok ikan meremut makan..kami lepaskan lebih 2000 ekor ikan kerai kat kolam ni...





Tak kenal ikan kerai...nama scientific dia puntius daruphani atau pun hypsibarbus pierrei masak gulai lemak atau tempoyak sedap ooo.... Ni gambar nya, macam ikan lampam atau jelawat pun ada gak kan rupa dia? Bakar mesti la sedap...





Nampak tak anak ikan talapia berenang berkumpul kesana kemari...



Minggu ni kami tambah 250 ekor lagi anak ikan tongsan dan 1000 anak ikan keli...2 bulan lagi dah boleh memancing kat kolam ni.....Anyone interested to joint me?

Sunday, July 29, 2007

Kehidupan...Sesungguhnya Dia maha berkuasa

Pernah melihat sekeliling kita dan mengakui keagunganNya?Sesungguhnya kehidupan yang tumbuh di kebun ini memberi satu rasa bahawasanya kita insanNya yang kerdil....


Pokok tembikai dah tumbuh...insyaAllah bulan puasa nanti boleh membasah tekak.


Ini anak pokok pisang berangan dari tisu kulture..sekali pandang macam pokok kunyit kan?Teknologi....

Kalau tak silap saya ni pokok pulasan...hem tadi beli kat pasar, 3 kilo RM10, rasanya tu buah siam kot dulu kalau buah local sampai RM6/kgs.


Ni la rupanya pokok nangka madu jenis CJ6, setakat ni Alhamdulillah pokok nampak membesar dengan sihat...kena ikut betul-betul jadual pembajaannya supaya hasilnya boleh dapat sebiji 35-40kgs yang penting ulasnya kenyal, rasanya manis!

Ni pokok rambutan gula batu,spesis ni je yang kami tanam...saya gemar buahnya yang lekang dan manis...


Ada lagi pokok mangga yang berbunga...tapi membesar la dulu, nanti bila dah cukup matang baru la berbuah dengan lembatnya...okay sayang?

Pokok bendi tumbuh dengan suburnya, kalau ada rezeki kami insyaAllah dua minggu lagi dah boleh kutip hasil bendi......Kalau ada yang nak membeli bendi, lets talk....

Ini pokok cili yang telah kami pindah kan ke tanah...kecik je kan? Harap-harapnya dengan baja dari tanah dan siraman air yang cukup, cili ini akan tumbuh dengan segarnya.



Ini anak-anak cili yang kami tanam di tapak semaian...emak kata yang ini tumbuh lagi subur berbanding dengan benih cili yang di semai dalam cawan plastik tu...emph


Tenangnya berada di ladang, angin bertiup nyaman...pokok-pokok naik subur...Alhamdulillah. Hamba mu ini mengucap syukur...

Sunday, July 15, 2007

Tumbuh Segar....


Sprinkler...setiap pagi 15 minit menyiram dan sebelah petang another 15 minit..so far so good, now we need to configure how to water and irrigation pokok-pokok kat teres with max height of 300ft!
Pokok Dokong..kami tanam 32 benih dokong, harap-harapnya tumbuh dan berbuah dengan lebatnya nanti
Ini pokok durian raja kunyit...hari ini kat Raub, sekilo RM18!Sebiji je dah lebih 2 kilo, mahalnya durian hari ini...sepuluh tahun dulu, satu bonet kete baru RM50 hari ni sebakul RM250!

Ni manggis...kering la kat kebun,daunnya macam terbakar skit kan?...tapi alhamdulillah petang tadi dah hujan.
Salah satu pokok mangga ni dah mengeluarkan bunga..tapi sian pokok ni belum cukup kuat untuk berbuah so kami buang bunga ni, supaya pokok boleh ...membesar dengan kuat!(macam iklan plak kan?)


..pokok-pokok bendi segar tumbuh, mendepa daunnya melebar segar...over la plak explain!




Walau anak pokok pisang diserang penyakit, selepas di belai dengan racun dan baja akar...tumbuh juga la anak-anak pisang ini...syukur.

InsyaAllah by next Wednesday 200 pokok nangka madu jenis J6 akan sampai ke kebun...so kita nanti kan ketibaannya....Minggu depan Cili akan di transfer dari tapak semaian ke ladang...ada lebih seribu pokok!

Kami ada jugak menyemai about 100 pokok tembikai dan 1500 terung panjang....emph sabar..insyaAllah.

Thursday, July 12, 2007

Sunday, July 8, 2007

Progress

Alhamdulillah selepas lebih kurang 3 minggu sepi tanpa berita...minggu ni macam-macam ada!
Ni benih bendi dah cambah...Tanah basah malam semalam hujan dan tanaman nampak segar...ada lebih kurang 2000 pokok insyaAllah...Buat kerabu bendi sedap...nak resepi...next update kot..nak make sure dulu resepinya betul!

Anak cili jenis kulai king dah berumur 14 hari... tapi benih ni tak sekata la...ada yang dah keluar 3 daun ada yang kurus kering tumbuh...macam gambar bawah ni...kita tengok minggu depan macam mana..ingat nak tanam dalam 35000 pokok..insyaAllah


Ni anak pokok mangga chokanan, dah seminggu tanam, so far insyaAllah nampak membesar dengan segar..tapi tanam-tanam je atas nasihat pej pertanian terus letak racun serangga.

Jeng...jeng another interesting episod...melepas kan anak-anak ikan kedalam kolam....

Kolam ni dalam ada lebih kurang 10kaki...pastu dasarnya ada berbatu skit...sebab tu color airnya kehijauan...jadi mengikut sifu kami sesuai untuk ikan kerai...

Yeah...ni tasmanian man...Asraf dengan seplastik anak ikan kerai...satu plastik ada seratus ekor....
Ni close up ikan kerai...kami lepaskan 1000 ekor, kalau ada rezeki kami selepas setahun insyaAllah boleh dijual...kata tokey anak ikan ni sekilo dalam RM20...hem, insyaAllah.
Okay sifu kata..mula-mula masukkan air kolam kedalam plastik ikan..bagi ikan rasa air kolam dalam 15 minit dan kemudian lepaskan.....
Alhamdulillah nampak sihat-sihat semuanya berenang ke dalam kolam...selepas dah masukkan 1000 ekor tu..nampak permukaan air kat kolam dah beriak ikan berenang...ceria sungguh kami jadinya!

Kolam ni tak ada batu bawahnya...disebabkan semalam hujan...airnya keroh skit...sesuai untuk talapia kolam ni....jadi kami lepaskan 1500 anak ikan talapia....kami campur 50 ekor anak ikan patin dan dalam 20 ekor ikan lampam jawa...

Anak ikan talapia ni saiznya dalam 2-3 inci je...kalau kena gaya makannya dalam masa sebulan saiz dia akan jadi sebesar telapak tanggan...


Untuk kolam di depan rumah kongsi...kami lepaskan 1000 ekor anak ikan puyu...kalau kat area Sabak Bernam, ikan puyu min pun boleh dapat dalam RM12 /kg! Pastu lepaskan jugak 230 ekor anak ikan tongsan....kena bagi makan daun ubi dan sejenis lalang panjang kegemaran ikan tongsan...