Wednesday, December 12, 2007

Musim Hujan

Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya....musim hujan ni ban air kolam pecah lagi..memang nak kena pakai batujugakla kat area ni....

Tak sangkakan punca air yang dalam sekaki lebar boleh melimpah dan pecahkan ban yang dekat 2 depa lebarnya....
Ini kami letak culvert antara lurah bukit untuk air mengalir masuk ke kolam, tanah dikiri kanan culvert yang terhakis....
Ni overflow paip...dah tak nampak pun batang paipnya....

Balik weekend ni nak kena perbetulkan semua ni....kuar duit lagi..tapi bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudiannya...InsyaAllah, semoga Allah berikan kami kekuatan dan rahmatNya,amin.

Monday, December 10, 2007

Sabak Bernam

Weekend baru ni tak balik Raub...ada company dinner malam sabtu...hari ahadnya saya ke Sabak Bernam...ada kebun sawit kecil je kat sana, last jenguk bulan 3 hari tu.... Sebagaimana biasanya tepi2 jalan menghala ke Sabak Bernam ramai yang menjual jagung taiwan, mangga, rambutan, keladi, mentaram....


Pisang ni makcik tu kata jenis berangan..tapi besarkan macam montel, memang lemak sungguh buahnya...
Ni la kebun sawit saya..pokok ni dah masuk tahun ketiga di tanam, ada la tunas buah kat pangkal pokok tu...4/5 tandan..saya jumpa pak ngah mintak tolong carikan orang untuk meracun,membaja dan membersihkan daun pokok dan lain-lain.


Tengok tu ada buah sawit kat perdu pokok ni.....
Ingat nak tanam nenas la diantara pokok sawit ni...boleh kan?Atau ada tanaman lain yang lebih bagus untuk diusahakan...
Seberang jalan depan tanah saya kawan dah buat penternakan kambing...tengok tu sihat2 je kambing nya!

Sebelah tanah saya, tanah adik ipar...ingat nak luaskan sikit usaha2 kat Sabak ni...buat dua2 lot dapat la 3 ekar...antara yang kami nak buat..tembikai(short term), pisang, nenas...emph apa yang tak perlukan pekerja yang ramai dan kurang musuh?
OK...kita selit cite kebun Raub skit....

Ni la rupanya ikan talapia saya...dah masuk 4 bulan umurnya....badan dah nampak berisi, dah pesan Acu suruh bagi makan cukup2 pada umur ini...kat Raub seekor ikan talapia RM12/kgs!

Ni la kerja saya seharian hari ahad 2nd December...buang daun terung! Sepanjang hari punya keja baru cover 3 teres pokok...kalau tak buang daun terung ni, nanti ulat banyak bersarang dan baja dan racun yang disembur tak kena ke pokok....Ingat tempat bendi nak di ganti dengan tomato ceri la...lets find out more about tomato!





Monday, November 26, 2007

Meneruskan Usaha















Pak tani tolong komen skit..ngape daun pokok mangga di atas ni color dia hijau semacam dan yang kat bawah ni plak merah macam lecur mengapa pula?




























Yang gambar ini pula pokok mangga yang sihat bercambah, daun mangga boleh buat ulam tak?Macam sedap je pucuk mangga ni














Ini antara 1500 pokok tembikai yang sudah cukup umur dan kami dah transfer ke ladang minggu ini.For the next 2 week kena pantau betul2 bimbang kurang air atau diganggu serangga.

Sunday, November 18, 2007

Perkembangan Terbaru....















Ini usaha kami yang terbaru...nak cuba tanam 3000 pokok tembikai organik...














Ni anak pokok tembikai yang berumur 4 hari, dah lebih 2 inci tinggi



















Baja kompos di letak dalam lubang yang jaraknya tiga kaki dari each other, dah letak baja tutup balik lubang (gambar bawah) dan tunggu 6 hari sebelum anak benih di transfer ke lubang ini, benih umur 10 hari baru boleh transfer ke ladang.



















Tembikai organik ini memerlukan penjagaan rapi, jadi ada check list yang telah disediakan...aktiviti perlu di lakukan tepat pada masanya dan mengikut kuantiti yang di perlukan....hemp...mampu ke pekerja kami.....

Ialah aktiviti di kebun tanpa henti, cili, bendi dan terung hendak dikutip selang 2 hari sekali, mangga, nangka, pokok buah-buahan yang lain, pisang, nenas semua perlu di buang rumpai, digembur tanah sekeliling pokok, di racun dan dibaja....




















Pokok nangka,mangga dan pisang Alhamdulillah membesar dengan sihat...ada sedikit masalah anai2 dikebun, maklumlah saya terangkan hutan dan ada tunggul kayu yang tertanam tu....ada yang boleh bagi cadangan jenis pengawalan anai-anai yang baik?

Friday, November 16, 2007

Salam....lamanya tak update

Assalamualaikum semua....lamanya tak update blog...sibuk skit lately ni...kebun alhamdulillah walau pun ada seranggan serangga, kulat dan keadaan cuaca ....hasil masih berjaya dikutip.

Musim-musim hujan ni bunga tanaman tak lekat, gugur sebelum mampu menghasilkan putik, emph kena curi-curi masa antara hujan untuk membaja agar hasil dapat dituai berterusan.

Harga cili terus tak stabil, kami harap jika ada pembeli cili segar yang berminat sila la hubungi kami...anrsdnbhd@yahoo.com atau 012-3832477.















Meor sedang mengred cili, memilih jika ada yang di serang serangga..kami jual yang elok2 aje...















Ni gambar cili segar di pokok, ada juga pokok yang diserang penyakit kerinting.















Gambar atas ni pula, cili yang kami process untuk dijadikan cili kering....sila hubungi kami jika berminat untuk buat cili sos.















Usaha terbaru di kebun adalah untuk menanam tembikai secara organik, jika segalanya mengikut perancangan, insyaAllah tembikai organik ini untuk pasaran export....Semoga Allah permudahkan perjalanan kami....

Saturday, October 13, 2007

Kerja Pembaik Pulih dan hasil Terbaru!

Alhamdulillah kami dah perbetulkan jalan yang runtuh dan ban kolam yang pecah....kerja2 di jalankan dua tiga hari sebelum raya...Alhamdulillah.

Culvert di pasang untuk menyalurkan air dari kiri jalan ni ke kanan dan terus turun ke kolam/lomgkang di bawah tu..harap2 kali ni tak pecah dah jalan ni.....


Setelah menanti sekian lama, akhirnya cili pun masak....memang cili ni banyak cabarannya..banyak jugak cili yang kena seranggan lalat buah!Tapi insyaAllah ada yang boleh dijual...


Ini gambar sebakul hasil kutipan hari ini...insyaAllah dalam seminggu ni akan lebih banyak pokok akan masak....sebiji panjang dalam sejengkal...buah nye plak gagah perkasa kata Mr Meor!
Terung pun dah berbungga dan berputik.....teringat kat Haikal, suka betul dia dengan pajeri terung....Ni 5 biji hasil pertama terung cina kami....


Jangan lupa bendi....masih mengeluarkan hasil setiap hari tanpa henti....


Jeng-jeng nenas sarawak sudah mula berputik.....ada kawan saya sorang tu memang suka betul makan nenas fresh....


Ikan keli dah cukup besar...balik KL dari cuti raya ni kena bawak 30 ekor...ada kawan dah tempah masa ikan tu kecik lagi! So kena la pakar menjala ni tebar jala..ha!ha!pakar ape...sepuluh kali tebar ada la 5/6 ekor je dapat!

Puyu...sapa pernah makan ikan puyu bakar? Pergh sedap...tak caya meh la try....

Ini la ikan keli kami..putih bersih....sedap, tak caya tanya Lydia dia dah buat ikan keli goreng berlada....sehingga menjilat jari!

Ini ikan talapia..Acu jaga betul yang ini, tak cukup besar lagi, tak boleh ambik lagi...sound direct supervisor kolam ni!Hah...berjaya jugak kami naik kan seekor kerai..Alhamdulillah dah panjang sejengkal dah ikan ni...

Ya Allah Ya Tuhanku...sesungguhnya kami memohon redha dan restu Mu untuk usaha-usaha kami di kebun ini...sesungguh kami hamba mu mencari rezeki yang halal disisi mu...Amin.

Thursday, September 27, 2007

Cabaran...kuasa semulajadi ciptaan Allah

Petang ahad hujan lebat sangat di Raub...sepanjang jalan ke kebun, 4 batang pokok tumbang...memandangkan keadaan tanah berpasir peroi kebun kami dan teres yang terdedah kepada hakisan....banyak permukaan tanah yang runtuh!

Walaupun kami dah buat longkang dan pasang pipe untuk mengalirkan air...namun bila forcenya kuat sangat ia tetap runtuh!


Dulu dikawasan ini lurah antara dua bukit, kami ratakan dan buat jalan...excavator dah tekan2 tanah ni untuk mampatkan, namun tak ada buatan manusia yang mampu menanggani kekuatan kuasa ciptaan Allah...Allah Hu Akbar....

Anak sungai kecik dalam 2/3 kaki lebar jadi punca air untuk kolam2 kami...jadi untuk mengumpul air kami buat empang sebelum air masuk ke kolam melalui culvet 1 kaki ....namun kuat sangat hujan hari tu..sampai air melimpah...ada jugak ikan talapia yang dah besar2 berjaya melawan arus dan masuk ke sungai....


Tanah runtuh from both side of the empang/benteng...kalau ada yang boleh berikan cadangan apa yang patut kami buat untuk membaiki keadan tanah runtuh di kebun ini amat lah kami alu-alukan.....sesungguhnya kami merancang Allah juga yang maha berkuasa....