Ni tanaman terbaru di kebun.....nenas sarawak, kami nak cuba tanam dalam 1200 pokok! Kalau betul caranya 8 bulan dah boleh kutip hasil.....kami nak tanam kat lereng2 bukit dan teres!

Penuh satu lori gak la anak benih nenas, dah turunkan jadi dua longgok ni!!!


Aijat dan kawan dia Amirul froim Ijok....keje skit minum air banyak! tapi memang panas pun kat kebun hari ini! InsyaAllah selepas sebulan lagi boleh membasah tekak dengan buah tembikai....


Berselera tengok buah tembikai ni.....ada banyak jugak putik2 tembikai yang besar terung telunjuk.....


Jangan lupa pasal bendi.....minggu ini dah jual 52 kgs bendi...dapat la duit untuk beli baja dan keperluan lain. Yang berbunga terus mengembang, yang berputik menjadi buah....




Tersenyum kembang kuncup lubang hidung tengok chili berbungga....alhamdulillah, lagi 3 minggu boleh mengutip hasil cili plak.....

Dua minggu lalu pokok ni, ada batang tunggal je, minggu lepas tak balik minggu ni dah merimbun bercabang dahannya.....


Nampak tak bunga cili ni....sesungguhnya tuhan maha berkuasa....

Kami letak panchang buluh siap2 nanti mudah untuk kami ikat menyokong dahan yang lebat berbuah...insyaAllah.

Yang ni plak, pokok2 yang pekerja tanam untuk makan-makan....ada petola, ada bayam hijau dan merah, ada kangkung....



Yang ini pulak pam berenjin yang ditunggu-tunggu...kami buatkan rumah berjaring untuk melindungi pam ini dari hujan. Ada 4 tempat air keluar, jadi setengah jam pagi dan setengah jam petang untuk menyiram seluruh kebun...dengan pam ini, minggu ni terung cina akan di ubah dari tapak semaian ke ladang!

Sesungguhnya bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah!