Sejuk dan damai je kebun selepas hujan....sila lihat pokok-pokok segar membesar...Allah Hu Akbar...

Limau nipis...siap dah berbuah tu! Ha!ha! Rahsianya...beli benih yang memang dah ada buah!

Serai..dah tiga minggu, dah kuar tunas...

Ubi kayu...tinggi skit lagi mesti jadi mangsa K.Gie...gulai lemak ngan tulang ikan talang, sedapnya...

Kacang tanah...saje je tanam untuk menahan tanah dari terhakis...

Ni la rupanya pokok labu, macam kurang vitamin je kan? Mana tidaknya terus cucuk je dalam tanah...

Macam teh tarik colour air di kolam no 1 ni, dah over flow pun...minggu ni hujan selang sehari...

Over flow dari kolam no 1, petang tadi pun hujan lagi..insyaallah yang ini pun akan penuh juga airnya dalam sehari dua ni....

Kolam no 4 dah siap dan dah penuh pun airnya...keruh , tapi bagi la masa lumpur tu mendak insyaallah jernih la skit dia..

Gazebo...nanti bila penat berkerja boleh la duduk-duduk kat sini, sambil menyejukkan badan di hembus angin segar daerah Raub...

Rumah pekerja...boleh la...

Ni store barang-barang kering...

Opis...ada bilik air/tandas...emph letrik? Ndak pakai generator, atau sambung elektrik TNB? (12 batang tiang elektrik diperlukan dari last point)