Sunday, August 26, 2007

Syukur.....dah nampak hasilnya

Ni tanaman terbaru di kebun.....nenas sarawak, kami nak cuba tanam dalam 1200 pokok! Kalau betul caranya 8 bulan dah boleh kutip hasil.....kami nak tanam kat lereng2 bukit dan teres!


Penuh satu lori gak la anak benih nenas, dah turunkan jadi dua longgok ni!!!



Aijat dan kawan dia Amirul froim Ijok....keje skit minum air banyak! tapi memang panas pun kat kebun hari ini! InsyaAllah selepas sebulan lagi boleh membasah tekak dengan buah tembikai....

Berselera tengok buah tembikai ni.....ada banyak jugak putik2 tembikai yang besar terung telunjuk.....

Jangan lupa pasal bendi.....minggu ini dah jual 52 kgs bendi...dapat la duit untuk beli baja dan keperluan lain. Yang berbunga terus mengembang, yang berputik menjadi buah....

Tersenyum kembang kuncup lubang hidung tengok chili berbungga....alhamdulillah, lagi 3 minggu boleh mengutip hasil cili plak.....


Dua minggu lalu pokok ni, ada batang tunggal je, minggu lepas tak balik minggu ni dah merimbun bercabang dahannya.....


Nampak tak bunga cili ni....sesungguhnya tuhan maha berkuasa....

Kami letak panchang buluh siap2 nanti mudah untuk kami ikat menyokong dahan yang lebat berbuah...insyaAllah.

Yang ni plak, pokok2 yang pekerja tanam untuk makan-makan....ada petola, ada bayam hijau dan merah, ada kangkung....



Yang ini pulak pam berenjin yang ditunggu-tunggu...kami buatkan rumah berjaring untuk melindungi pam ini dari hujan. Ada 4 tempat air keluar, jadi setengah jam pagi dan setengah jam petang untuk menyiram seluruh kebun...dengan pam ini, minggu ni terung cina akan di ubah dari tapak semaian ke ladang!


Sesungguhnya bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah!

Tuesday, August 21, 2007

Bendi oh bendi

Alhamdulillah minggu ni dah lebih 10kgs bendi terjual...pokok2 baru belajar berbuah, hasil bertambah dari sehari ke sehari...mula-mula 2 kg, lepas tu 3.5kgs dan hari ni 6.5kgs....


OK Bendi ni yang paling saya suka buat Kerabu nyonya style, saya makan kat restoran and cuba2 buat...maybe you all boleh improve apa yang patut.

1. Kelapa goreng (kalau nak sedap goreng fresh kelapa parut sampai cokelat kekuningan, jangan sampai hangus plak)
2. Tumbuk udang kering(lagi banyak lagi sedap) dan kelapa goreng
3. Cili dan bawang dihiris hancur (kalau nak pedas tumbuk cili dan hiris bawang merah ni)
4. Gaul kesemua bahan ini, perah asam limau dan garam secukup rasa
5. Rebus bendi dan susun cantik-cantik dalam pinggan, dan letak bahan-bahan tadi di atas bendi...

Waalah....sedia untuk dimakan!

Sunday, August 12, 2007

Ye...Ye..Bendi Dah Berbuah

Alhamdulillah...pokok bendi dah berbuah..dalam minggu ni InsyaAllah banyak jugak la yang boleh dikutip..... Buah bendi saya ni terus kuar je dari batang pokok, pokok yang tak berbunga pun ada buahnya...
Dalam seronok tengok putik buah, ada jugak pokok yang pucuknya mati...tak dapat dipastikan sebab apa tapi kami suspect kerja kulat pokok ni....ada yang boleh bagi pertunjuk?
Ni bunga bendi..putih kekuningan syukur Alhamdulillah...sana-sini ada bunga bendi
Dengan lafaz Bismilahhirahmannirrahim, Ira memetik buah bendi yang pertama...

So far ikan membesar dengan sihat, makan pun makin banyak...dua guni seminggu....


Pokok cili yang di transfer ke tanah Alhamdulillah nampak segar, menyiram je dekat 4 jam sehari....minggu depan ni, ada cili yang akan di transfer ke tanah dan insyaAllah terung cina pun boleh di transferkan ke tanah.

Untuk menakutkan binatang kami pacak kan orang2...ni Ira dan Amir possing bersama orang2...

Pam air engine 4 piston insyaAllah dalam minggu ni akan dipasang di kebun, tadi saya pergi tengok engine ngan pam dah dipasang, apek tengah modified tempat air kuar ngan ekzos... harap2 selepas ni water irrigation will not be a problem any more...
This week we planted some limau kasturi, petai, langsat and serai....will add another 30 limau kasturi, another 300 pisang, and a lots more serai....InsyaAllah, jemput la ke kebun kami yang tak seberapa ini

Sunday, August 5, 2007

Piknik

Minggu ni keluarga abang ngah dan pak de balik...so kami decide on Sunday makan tengahari kat kebun...semua berselera gulai lemak telur itik dengan pucuk paku (ni recepi baru ni belasah je campurkan),sup sayur sawi dengan ikan tengiri, goreng ikan pelaling dan ikan masin gelama jeruk dan ulam petai! Tak ada sambal..komen pak de....lauk habis,nasi 5 put susu tinggal skit je lagi!makan sungguh!


Dok kat pangkin ni berangin....tu yang makan sedap sangat...



Mak dan anak mencuba kasut Phua Cu Kang....bukan saiz dia orang tapi syok jugak pakai...


Anak cili dah di transfer ke tanah...emph kurang air! InsyaAllah minggu depan pam yang besar skit siap! Tengok kuatnya angin kat kebun!

Deretan bendi sedang disiram...belum kembang bunga bendi tapi dah nampak, banyak yang bakal mengeluarkan bunga....

Ingat tak last week gambar anak pokok tembikai baru cambah?Minggu ni dan mula menjalar....

Syoknya tengok ikan keli makan...panas semua pakai topi apek!

Anak ikan talapia..3 minggu dah besar tapak tangan ok la tu..

Ingat tak awal2 dulu kami tanam 50 anak pokok serai...sebab air terhad,selepas 3 bulan baru cegini pokoknya...hem ingat nak tambah lagi seratus rumpun serai lah...

Merekah-rekah tanah kering..dah seminggu tak hujan..insyaAllah minggu depan ni pam air akan sampai