Sunday, June 10, 2007

Sabar....

Fardan, anak Abang Long lincah, pantang dengar music badan mesti bergoyang menari....



Alhamdulillah rezeki tuhan anugerah...jalan utama menuju kekebun kerajaan bakal turap tar!Process meletak batu jalan telah dimulakan...inilah yang dinamakan rezeki...

Pekerja tak sampai lagi..insyaAllah minggu depan ni sampai. Kena sabar, baru dugaan kecik dari yang maha kuasa.Permukaan kebun berubah lagi...

Kawasan untuk tanaman chili ni kami ratakan bahagian bawahnya, buat jadi 3 peringkat kawasan tanaman, supaya tanah tak runtuh mengikut air bila hujan. Satu bukit, seluruh kawasan ini disediakan untuk tanaman chili, insyaAllah dalam 3 ekar keluasannya.

Kawasan ini akan ditanam dengan bendi, ada lagi dua tempat yang akan di tanam dengan bendi, keluasan kawasan dalam 2 ekar

Pokok kacang tanah dan ubi kayu membesar dengan sihat...syukur untuk hujan sehari dua ni



Monday, June 4, 2007

Masa untuk keluarga

Minggu ni tak banyak aktiviti kat kebun...hujan mamberi rahmat membasahi bumi Allah..jadi kami menafaatkan masa ini untuk bermesra sekeluarga yang sememangnya suka mandi sungai...



Nama tempat ni Lata Lembik satu diantara 13 water recreation areas in Raub! Banyak tu...tapi yang famousnya macam Lata Lembik, Lata Jarum and Pulau Chekas untuk mandi manda...Jeram Besu pulak untuk water rafting...kat jeram Lata Lembik ni ramai yang slide dari atas batu ni ke dalam air, pastikan anda pandai berenang kerana kadang-kadang arusnya kuat juga...

Ini kawasan yang agak tenang dan cetek untuk bebudak mandi manda

Penat berendam dalam air yang sejuk...mula la duduk pinggir air main pasir...Nurul, Hakim dan Amir...
Yang ini plak monster air...si Haikal jangan terkejut baru berumur 8 tahun tapi tak takut air dan penebat tebal badan dia tu membuatkan dia seorang saja yang tahan kesejukkan air sungai ni...

Yang ini plak adik bongsu Haikal dan Hakim..Danny Hadif...sian dia kena tinggalkan rumah, kecik sangat ndak bawak ke jeram...

Ni muka seorang lagi minah frust tak dapat pergi sungai..Iman Nasuha, adik Nurul dan Amir, umur setahun setengah....diam2 kuat menyelongkar tempat pinggan opah!

Kebun Alang


Chili ni baru untuk testing, nampak membesar dengan sihatnya..kata Azman partner Alang, lepas melon dia orang ndak try Chili plak..

Mengisi ruang tanah 2 ekar setengah ni, kawasan yang ada dimanafaatkan dengan tanaman jagung jepun..jual kat pasar malam pun tak cukup..permintaan tinggi RM1/Sebiji!

Sepokok 2 biji, satu rumah fertigasi ni rasanya boleh menghasilkan pulangan yang lumayan kalau sebiji RM10 pun!Kalau kira kg la best $$$$





Alang buat fertigasi melon...baru lebih kurang 5/6 minggu umur pokok ni dah berbuah!Geram tenggok rock melon ni...saya rasa nya boleh makan sebiji seorang!